Saturday, 11 February 2017

Duhai Kasih.


Duhai kekasih,

Semalam kau disisi,
Hari ini tidak lagi, 
Semalam masih terlihat indah senyummu,
Hari ini hilang sudah penyejuk hatiku,
Semalam kita berjanji sehidup semati,
Hari ini kau dulu yang pulang pada Ilahi,
Semalam masih terasa erat kau peluk tubuhku, 
pimpin erat tanganku,
Hari ini aku hanya mampu menatap sayu pusaramu.

Duhai kasih,

 Khabarkan bagaimana harus ku lupa,
Saat indah dan memori manis bersama, 
Malam pertama tanpa dirimu, 
Sunyi malamku, sukar lelap mataku,
Sesak nafasku, celaru fikiranku,
Ku cuba pejam mata,
Harap pemergianmu hanya sekadar mimpi,
Dan bila ku sedar dari lena,
Kau masih setia disisi,
Memeluk erat tubuhku,
Memujuk rajukku seperti selalu.

Duhai kekasih,

Tidak ku ratapi pemergian ini,
 Tidak jua ku persoal Qadar Ilahi,
Namun jika aku rindu,
Ku menyebut namamu selalu.

Duhai Kasih,

Sekiranya tak bersua di alam nyata,
Ku harap kau hadir di dalam lena.
Kenangan yang ku simpul erat ku ikat mati,
Ku simpan buat bekalan sisa usia ini.



# Puisi ni ditulis selepas aku baca kisah sedih seorang aktor romantik yang kehilangan isteri tercinta.. siapa? Biarlah rahsia... kira macam inspirasi lah ek.. hehehe... 
Lama tak menulis.. puisi ni pun macam errr...