Sunday, 29 November 2015

Luahan merepek jam satu pagi.

Salam....

Sudah lama terfikir untuk tutup blog ni. Tapi entah kenapa rasa macam sayang walaupun lama gila tak tulis benda-benda merepek.. hahaha.

Sebenarnya banyak benda dah berlaku. Tapi tak tahulah apa impaknya dalam diri. Mungkin masih kuat berpegang prinsip just follow the flow. "hidup untuk hari ini, dan berhenti berfikir benda-benda yang belum pasti."

Btw, i'm in my final year at blcu. Cepat sangat masa dah berlalu. Tak sangka kan? hahaha.. 
di tahun akhir, baru aku perasan banyak benda yang dah disia-siakan, banyak benda lagi tak dicuba, banyak masa yang terbuang entah ke mana dan apa faedahnya, banyak waktu hanya untuk puaskan nafsu tidur, banyak juga sakitkan hati orang.. hmmm... (but no! i'll never ask for forgiveness)

Sebenarnya malam ni tengah baca ziliao untuk tulis kaiti baogao lunwen, dan tetiba laju ja kepala mengarang puisi? macam tak layak dipanggil puisi, mungkin patut panggil luahan adahanz yang kuat merepek di jam satu pagi. Ada je sebelum ni tulis tapi kebiasaannya ditulis dan tersimpan kemas di dalam note handphone dan selalunya tiada penamat, tergantung di tengah-tengah sebab memang menghidapi sejenis penyakit hangat-hangat tahi ayam. So, ni je yang sempurna dan setelah difikir panjang barulah sanggup nak letak sebagai lagi satu post merepek di dalam blog.

Semalam yang ditinggal pergi,
esok yang belum pasti,
waktu yang laju berlari,
masa yang tidak berhenti.

Di dalam keserabutan hidup,
ku pejamkan mata,
bertanya pada kalbu yang berdebu,
kemanakah kaki harus melangkah,
mencari makna hakiki,
mengenal tujuan abadi.

Di tengah jutaan manusia,
ku pandang kosong,
jalan yang sama,
namun destinasi terpesong,
jiwa yang lohong.

Ahh...
melamun jauh lagi
tanpa sedar mereka sudah jauh pergi,
namun aku tetap terperangkap di sini,
benar juga,
fikir lama saja tanpa usaha
belum tentu bermakna.


Di antara ribuan langkah,
Yang mana satu bawa bahagia?

No comments:

Post a Comment