Monday, 9 September 2013

Terima kasih.

terima kasih
untuk semuanya
kepada sesiapa yang berkenaan 
sejak aku buka mata sampai di mana aku berada sekarang.

kepada Tuhan
aku ingin berterima kasih
atas kurniaan nyawa
tapi aku malu
kerana yang selayaknya,
aku tagihkan keampunan
kerana mempersiakan setiap detik kehidupan
keampunan untuk usia yang dihabiskan
bukan kerana Mu.

kepada 
mak dan ayah
kerana melahirkan,membesarkan, menyekolahkan
sehingga hari ini
satu ungkapan kasih pun tak pernah terungkap
maaf
anak ini pengecut
lebih pentingkan air muka 
daripada mengucapkan terima kasih untuk segala jasa.

untuk adik beradik dan segala
terima kasih
kerana ajar aku
dari sekecil hama mahupun sebesar benua
tentang gembira mahupun duka
atas sokongan dan makian
aku tau itu juga ilmu
dengan pelbagai cara dan rasa

kepada rakan seperjuangan
daripada pra sampai ke universiti
untuk setiap susah senang
ataupun yang kelibat hanya waktu gembira
terima kasih
itu juga pengajaran berguna.

untuk guru
entah bagaimana untuk dibalas jasa
cuma doa mampu aku berikan
semoga bahagia hendaknya.

aku?
masih disini
tempuh hari-hari dengan cara sendiri

moga nanti cahaya mendatang
atau 
duka yang hitam 
yang aku akan lalui 
akan ajar aku lebih lagi
tentang kehidupan 
dan 
dihujung jalan 
akan aku temui 
sebuah ketenangan yang aku dambakan.

20 pada usia, jiwa ku di tingkatan 2 lagi
hahaha

driver merangkap tour guide ke inner mongolia

i know 'thank you' is not enough, but sorry.. it really hard to find other words

cover 

:)

:)