Thursday, 23 May 2013

bagai sirih pulang ke gagang

bagai sirih pulang ke gagang



mana mungkin kami  lupa
lima tahun zaman remaja
 tempat kenal kawan
tempat bergaduh sakan
makan hidangan yang sama
tidur di bawah bumbung yang sama.
cinta pada sekolah itu satu anugerah.

tentu juga kami tak lupa pada sang penabur ilmu,
guru-guru yang ikhlas tanpa jemu
walau kerenah yang bermacam ragam,
rindu pada guru satu anugerah.
kami cinta ilmu, kami cinta pemberi ilmu.


berbaju biru, orang kuat Sajoha
wanita hujung berbaju hijau, itu add math teacher saya!!
how i miss add math class.. :(

cikgu sejarah,
:)
superduper awesome!
yang sangaaaaatttt penyabar
terlalu penyabarrr
yang tak pernah tunjuk marah,
walau hampir setiap kelas aku buat peta malaysia.



malam ini rindu sangat pada sekolah. :(
pada kawan2...

inilah warga sains johor,
kemana kami pergi
kami tak pernah sekali lupa
sekolah kami.

:)



Thursday, 16 May 2013

yang namanya dilupakan.




actually, nak cerita pasal guru besar sekolah agama, tapi cuba ingat nama dia, tapi tak teringat. muka masih ada dalam kepala, tapi nama dah lupa.
pakai, Dia je la boleh x? hohoho..

masa aku darjah enam sekolah agama, satu hari, Dia masuk dalam kelas, dengan pembaris panjang. suruh semua orang bangun,tetibe je.. :( then Dia tanya, "sapa tak cukup solat 5 waktu, berdiri.. yang cukup duduk," (lebih kuranglah... ingat-ingat lupa dialog) aduh.... nak bangun ke nak duduk.. kalau duduk pun bukan dia tahu.. 
tapi entah kenapa tetap tak 'terduduk'. Dia pergi ke semua budak yang berdiri, siap tanya, solat apa yang tak buat? mostly yang berdiri tu jawab dua solat lah... Subuh, Isyak.. satu solat tinggal, satu rotan. pammm!! pergghh... sumpah yang kene tue birat... sampai patah dua pembaris panjang. Dia keluar, tak lama lepas tu masuk dengan pembaris panjang yang baru. Sampai turn aku, Dia pandang lagi. solat apa yang awak tak buat?? Gulp...  Malu kot time tue...(as one of the best student kat sekolah) tapi tak cukup solat masa tu memang lah kan malu. oh... terima kasih ustaz, sebab rotan saya walau masa tu rase bengkek tahap tak kira...

satu benda yang paliiingggg diingat time tu, dia selalu tanya soalan tajwid, n if dapat jawab... dia akan bg duit syiling dalam poket seluar dia, masa tu sumpahhh sangat-sangat semangat belajar tajwid... and aku lah yang selalu dapat duit syiling tu...  bangga semangkuk jugak la tapi yang lebih best pasal dapat duit... masa tu duit syiling sudah cukup buat aku semangat nak belajar. duit syiling bg aku time tu benda besar, dapat beli jajan yang aku suka... dapat beli air batu malaysia.. perghh... nikmat besar.

dan pertengahan tahun darjah enam, aku periksa dapat no 3!! aku rasa sedih time tu... tapi masa ambil penyata, Da pesan, takpe periksa SDEA nnti kejar, bagi dapat no 1.... makbul kata2 Dia, SDEA aku dapat highest... dan dia kotakan janji bila aku dapat 5A upsr, dia bagi RM50... hehehe... sebenarnya ada unsur menuntut janji.... :)

tak lama lepas tu, masa sekolah menengah dapat berita Dia meninggal dunia, tapi masa tu entah... mungkin sebab tu dah tak sekolah kat sanglang lagi... so rasa macam xda apa2... hari ni, bila fikir balik...  terima kasih ustaz. semoga roh Dia dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.

#masih tak ingat nama Ustaz... :(