Saturday, 27 April 2013

:)



bila kepala tengah runsing,
tetibe dalam masa yang tak sangka,
jawapan tiba.

perghh..
rasa syok..
sampai tersengih sendiri.

apa yang kita ada, 
bukan milik kita.
ingat tu..
bukan milik kita.
ada hak orang lain di dalamnya.

ikhlas
kunci kepada tenangnya jiwa.


JDT kalah 3-0  kepada Perak.
nasib datang usrah n tak tengok bola.. 
:p

Friday, 26 April 2013

mangga dan syukur



ramai manusia boleh ucap 'syukur' dengan lancar di lidah,
tapi belum tentu dia tahu makna sebenar syukur.

pernah lalu situasi macam ni?

dulu kecik2 aku sangat suka makan anggur dan mangga,
setiap hari rabu,
akan ada pasar lambak kat kampung,
jual macam-macam jenis buah,
termasuklah buah-buah yang aku suka nie.

tapi aku cuma boleh tengok je,
dan berdoa satu hari nanti,
bila aku ada duit sendiri aku akan beli buah-buah ni,
dan makan sepuas-puasnya.

hari ni Tuhan makbulkan doa aku,
dia bagi aku nikmat rasa ada duit,
Tapi dia tarik nikmat sedap makan. 

:'(

manusia kadang-kadang rasa dia mahu semua,
tapi dia lupa,
belum tentu semua mampu beri bahagia,
yang sikit itu lebih baik kadang-kadang.





Friday, 12 April 2013



untuk setiap permulaan hari yang gagal,
dan
untuk setiap malam-malam yang dijanjikan.

berhenti bermimpi
dan kembalilah ke alam realiti.

ampunkan hamba,
Tuhan.

Saturday, 6 April 2013

pelan-pelan



pelan-pelan
tak guna laju 
kalau hati tak senang

pelan-pelan
tak guna semangat
kalau hanya sekejap

pelan-pelan
tenang 
langkah satu-satu
biar lambat janji sampai

jangan laju tapi kosong
letih je dapat.
pelan-pelan.

setiap manusia akan berubah
masa je tak tahu bila.
tapi akan.
yang penting mula

bila masa aku?
sempat?

pelan-pelan.

macam mana nak pelan kalau enjin pun tak start.

itu bukan pelan.

itu zalim namanya.