Thursday, 28 February 2013

maha ujian.

selalu sangat dikaitkan
kemiskinan
kepayahan 
ketiadaan duit

dengan ujian.

betul.

tapi sesungguhnya

kesenangan 
kelapangan
keadaan duit 

adalah lebih berat ujian.

berat.
dan bernafsu.

fuuuhhhhh...


tolong lah.
buangkan jauh-jauh daripada aku.

aku suka yang hari ini.

yang biasa-biasa.
 tolong!!!!


nak dan taknak.
hati dan akal.
nafsu dan iman.

selamat menahan diri. 


Tuesday, 26 February 2013

al-moviee

cuti dua bulan
aku pulun tengok movie
aku sampai malas nak kira 
banyak mana movie yang dah ditonton.

orang kata,
hidup ni bukan macam dalam movie.

movie tu, 
pelakon buat silap 
boleh 'cut' dan 'action'

dalam hidup realiti?
mana boleh main 'cut' dan 'action' semua.
macam cuti dua bulan ni.
mana boleh ulang balik kan?
hermmm...

antara movie yang aku berjaya tonton.

kaante
hindustan movie 
citer lama la jugak...
macam biase,
ade amitabh bachchan.
hehehe
operasi rompak bank oleh enam lelaki dari 
latar belakang berbeza.
best... aku suka.
tenggelam dalam cerita.
berangan sendiri2.. 
:p



antara lain
the impossible
based on true story
pasal tsunami di thailand.
hubungan family
nampak macam real.
lagi2 time mak dia kene hanyut.
perghh..
sadis.

the raid redemption
pon best juga...
cerita indonesia tapi pengarah amerika (kottt)
khayal gak tengok cerita nie(berangan)
haha
bila malaysia nak buat cerita2 yang best macam nie?
asik2 cerita hantu bodoh, lawak sengal je..
hmmm....

layan gak cerita melayu
juvana
movie.
ok la 
not bad.
best la...
cuma tak umpphh
mungkin tak dasyat
hahaha
ada pengajaran gak cerita ni.
suka scene adlin aman ramli nasihat botak
dia kata takde sapa boleh tolong kita kecuali diri sendiri.
buang 'hantu' dalam diri
jadi pemaaf
takde sapa boleh tolong
kecuali
diri sendiri.

diri kita sendiri.

dan yang last
Umar the Series

aku sarankan tengok.
yelah buku Isk tu tergendala tahap tak terkira lamanya tu.
tak boleh tahan.
mengantuk.
huuuuu
tengok movie walau tak cerita semua
kira-kira boleh la tau serba sedikit.
pasal sahabat
pasal perang dalam islam

best.
kisah sahabat-sahabat nabi.
agak-agak kompius time bila scene tu
boleh tanya pak cik google untuk pahamkan cerita.
best sangat time perang.
lagi-lagi bila tentera berkuda punya aksi..
woaahh.. very nice.

banyak-banyak watak.
terminat pada watak wahsyi
sebelum ni tak tahu sangat nama nie.
mungkin pelakon yang main kan watak bagi aku menjadi.

dia sanggup buat apa saja 
untuk merdeka dan tak lagi jadi hamba.
termasuk
menjadi pembunuh singa Allah,
saidina Hamzah 
tapi sayang sekali,
dia bebas dari hamba 
tapi bukan apa yang diharap.
kesian.

bila islam,
dia tebus balik dengan bunuh nabi palsu
Mussailamah al-Kazzab
guna lembing yang sama 

aku rasa kesian kat wahsyi,
tapi buat apa kesiankan dia,
dia sahabah nabi.

aku patut kesian kan diri sendiri.
-.-

ok.
hermm..
kempen PRU sikit boleh?
kalau lah kisah ni ditonton oleh bakal-bakal pemimpin,
alangkah bagusnya.
tengok dan jadikan teladan daripada sifat pemerintahan
saidina Abu Bakr as-Siddiq
saidina Umar al-Khattab

amende aku merepek nie?
-.-''


aku macam nak ajak orang pi tengok wayang laaa...
tengok the hobbit 3D 
:)



Wednesday, 20 February 2013

~notitle~



kalau kau tahu hidup aku hari ini,
mungkin kau akan nangis berlagu-lagu.

hiduplah dan teruskan,
sambil-sambil itu doakan kawan kau yang sorang ni.

bila tiada yang mendengar,
aku sentiasa ada pinjamkan telinga,
tapi jangan risau,
kau tak perlukan aku lagi,
sebab kau dah ada Dia,
Dia lebih setia mendengar rintihan dan luahan,
lebih daripada aku dan semua manusia.


Friday, 15 February 2013

pelik.


kadang-kadang
rasa pelik

sejak bila Tuhan serahkan tugas tentukan syurga neraka 
dekat tangan manusia?
sampai dengan slumber badak kau je nak sebut-sebut,
"dia ni ahli neraka"
sejak bila?

-pelik-

kadang-kadang 
rasa pelik

bila tajuk tulis lain,
rakyat malaysia ni bijak sangat komen 
sampai terlajak-lajak ke laut.
isu anak kena sihir,
komen bawah pasal politik,
tak ke bangang namanya tu?
merapu tak tentu hala.

-pelik-

matluthfi kata,
kalau rasa bodoh...
sila baca komen2 rakyat malaysia kat youtube bila sentuh isu politik.
mesti rasa bijak.
tulah... 
aku punye habit tu..
suka baca komen2 orang..
pastu gelak2.. 
hahaha

:)

Monday, 11 February 2013

penawar terbaik bila tiada ubat.



aku ingin tulis banyak benda
tapi selalunya akan berhenti di tengah jalan
atau jika habis tulis pun, post akan di delete kembali.

sejak kebelakangan ni,
aku takut nak post apa-apa,
atau luah apa-apa.

punca?

tak jumpa.

maka aku diam dan biarkan saja.
tidak di blog juga di diari.
aku diam.

tapi hari ni aku cuba lagi.

dan aku mati kutu
tak tahu nak tulis apa sebenarnya.
sampai aku tonton cerita ini.

Khuda Gawah
filem hindustan tahun 1991.
sebenarnya tentang cinta.
sedikit sebanyak tentang persahabatan.
dan sikit-sikit ada tentang kepercayaan dan janji.

dan disebaliknya aku jumpa jawapan.
jawapan untuk diri sendiri.



# aku perasan yang aku ada masalah taksub. dan aku tak tahu macam mana nak ubat. sebenarnya aku tak tahu sama ada taksub ataupun apa... yang aku tahu, aku tak boleh tertarik pada 'something'...tak kira lah apa pun... kalau tak... aku rasa aku akan obses.... obses pada 'something' ni akan hilang, aku yakin. tapi perlu masa. tapi masa yang hilang tu takkan dapat aku ganti balik. -.- 

macam mana aku boleh terminat pelakon2 tua berumur nie ek? cisss...