Tuesday, 25 December 2012

macam-macam

.....satu.....
buka muka buku, 
terpandang satu gambar yang ada wanita yang macam kenal tapi tak cam.

bila tengok balik betul-betul,
tercarut pada diri sendiri,
celaka punya budak,
itu orang yang lahirkan kau! 

anak jenis apa kau ni...!!
T__T

maaf, cuma aku tak cam wajah yang dah berubah
wajah tua yang semakin cengkung.

pelik bukan?
bila depan mata kau sanggup membatukan diri,
enggan bersuara dan berborak,
rela mengurung diri dalam bilik,
bila jauh,
berkeras tak mahu bertanya khabar,
segan-malu-kelu kononnya,
tapi...
dalam masa yang sama,
mencelakakan diri sendiri.

jarak jauh gagal didik aku jadi manusia rupanya.


.....dua.....

beijing-guangzhou-shenzhen-beijing
21.12.2012---> 24.12.2012

manusia perlu akur,
sejauh mana dia berlari,
sampai waktu dia perlu berhenti,
lelah.
seindah mana dia bermimpi,
sampai waktu dia perlu kembali terjaga,
realiti.
sekuat mana dia menafi,
sampai waktu perlu akur terima,
kebenaran.

aku banyak merungut lagi untuk perjalanan ini.
-lupa-lemau-manja-
tapi bukan gedik

welcome home.
exam is coming...
beware.
and please,
read your book,
don't sleep too much,
don't watch movies.
after exam lu lenjan buat apa yang lu suka..
ok?







Friday, 21 December 2012

21122012



tetapkan pendirian,
teguhkan kaki,
cekalkan jiwa,
mudahkan perjalanan aku, Tuhan.

beijing---> guangzhou

celakalah manusia macam aku 
yang kuat merungut dan tak tahu syukur

:'(

bila x bawak berjalan, kau minta.. tanya itu dan ini..
bila dah dibawa, kau kata malas dan macam2 lagi..
malang!
memang dasar kau manusia lupa.

aku menyampah baca post ttg tarikh kat atas! 


Sunday, 16 December 2012

akubukanego

buka saja-saja ditahan titisan dari gugur,
bukan aku bangga digelar ego.
bukan
bukan 
bukan

cuma berilah aku untuk hidup dengan keegoan ini,
sepanjang aku ada disini,
izinkan aku teruskan dengan cara sendiri,
supaya bila jatuh aku bisa bangun kembali.

............................................................................
kau tahukan
awal kita bertemu aku malu
kemudian setelah kau kenal aku,
aku ni haru biru
melawan membantah tiada segan silu


berbuih kau berleter
aku ini aku
yang degil dan kaku
yang kayu dan batu
aku dengar cuma aku belum mampu
untuk jadi semua benda yang manusia mahu.

....................................................................................

belajar tentang hidup, Ada..
bukan hanya yang kita dapat dalam kelas..
banyak benda yang kita boleh belajar...
jaga diri... dengar pesan dari yang lebih tua.
-Dia-

aku takkan lupa setiap pesan nasihat
cuma belum mampu..
doakan aku.

maaf kak, adikmu ini nakal selalu..
:)

aku doa semoga perjalanan mu selepas ini dipermudahkan dan diberkati Tuhan.

Friday, 14 December 2012

jagadiauntukaku

malam ini beijing menangis lagi


abes layan bola baru perasan..
-.-''

my Dad yg bersongkok
:')
kalau malam nie aku bilang aku rindu?
*sigh*
kamu takkan tahu kan?
kerana aku malu untuk meluahkannya.
maaf, Ayah.
untuk anak dara yang malu untuk mengaku yang dia sayang kamu.
T____T

aku tak mahu mana-mana lelaki
aku cuma mahu ayah.

ayah,
orang dah besar.
tanpa kamu sedar.
:'(

Wednesday, 12 December 2012

#salji_2


salji kedua pada tahun kedua
tarikh terakhir yang boleh kau jumpa sebegini cantik kata mereka2
12.12.12

aku tunggu juga 
12:12:12 pm 12.12.12
tapi kat kelas
ntah tgah dengar2 laoshi cakap
tiba2 terlepas... 
hahaha...


kau selalu puja sang salji, sampai kau lupa untuk memuja yang ciptakan salji.
sedangkan salji itu juga makhluk seperti engkau.
hamba Tuhan
yang bezakan salji itu tak lupa siapa dirinya tapi engkau asyik terlupa.
kau memang aneh.

#Everyone was going on about 10.11.12 being once a lifetime date. Isn't every single day once a lifetime, never to return? -mufti Ismail Menk- 
same ayat untuk 12.12.12~~

Monday, 10 December 2012

Timeline hidup?


pelik bila nak buat Timeline Hidup diri sendiri... 
kan? 
cuak, 
itu lebih tepat.
sebab hanya ada garis lahir je..

:(

- 7 september 1993 ............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. (ini kisah hidup aku sepanjang 19 tahun 3 bulan) 

menarikkan?
*sigh*

bangun... makan.... pergi sekolah... balik sekolah...makan... tuisyen/prep.... main/riadah/tidur..... makan... prep/tuisyen/blajo... balik tengok tv...tidur....

sepanjang2 hidup.. 
sungguh lah hidup aku paling seronok atas dunia.
-.-

takde komitmen, 
takde masalah,
tak perlu risau,

apa tujuan hidup?
...........
-tunggu mati-

aku tak suka ini homework.

penghuni baru bilik 341, bangunan 17 BlCU
balikla korang semua time winter.
tingggaaalllkannn aku dengan patung x bernyawa ini..
lols~