Tuesday, 27 November 2012

jauh dan jauh


masa tak pernah berhenti berlari
sama ada kau keraskan diri dan tak ambil peduli
atau
kau lakukan sesuatu yang bermanfaat dan hargai setiap detik yang pasti tiada ganti.

kita manusia,
tak mampu mendahului masa, walau sejauh mana pantas kayuhan 
besok belum tentu milik kita..

kita manusia,
tak mampu mengundur walau setapak pun, walau sehebat mana kita mencuba
masa lalu hanya tinggal kenangan..


#tengok balik gambar-gambar sepanjang setahun perjalanan... yang manis-manis buat penambah semangat untuk teruskan lagi perjalanan... aku tak mahu berhenti  di pertengahan jalan. aku tak mahu dipanggil pengecut dan pengalah. sama ada tiba sebagai juara atau terkandas di pertengahan... kita berhak pilih, kawan... bersabarlah... tetapkan keyakinan... tersenyumlah... hargai setiap detik walau sukar... moga ada keindahan di sebalik luka...

#aku rindu pada semua dan masa lalu... 

Tuesday, 20 November 2012

serba salah..


erm...
seminggu ni serba salah.
dua tiga kali nak tekan butang share, tp x jadi..
penuh newsfeed Fb pasal Gaza,palestin israel.
mula-mula malas amik pusing..
bukan baru pertama kali Gaza kena serang, tanah Palestin kene ceroboh..
banyak kali.. 
kali ni pada Awal Muharam. 

hadiah tahun baru?

sejak sekolah banyak lah pihak datang bagi kesedaran pasal gaza, palestin..
tahu sejarah peperangan dan penubuhan negara haram Israel 
tapi??
lama dah tahu.. tapi buat-buat buta.. 
saat aku paksa diri nak bangun pagi, pergi kelas
orang Palestin keluar berjihad...

belum lagi isu kempen boikot memboikot.
ramai duk share.. 
bukan setakat tak boleh boikot.. nak share balik pun serba salah..
mau nye x.. 
aku bukan pemboikot.. satgi nak pi share pulak.. 
macam meletak tahi dimuka sendiri.. 

adakah makna aku tak peduli??
kat sini tak makan mcD.
so x timbul isu aku boikot mcD ke x.. 
barang lain?
hari-hari telan nescafe... 
hari Gaza kene serang, hari tulah aku teguk cocacola...
so?

serba salah tahu tak???
argghhh!!!

Friday, 9 November 2012

10.11.12

esok
10.11.12
beberapa minit lagi
tarikh cantik 
tapi kelam

dua tahun
masih disini
membatukan diri

selamat hari lahir, Ustazah
selamat ulangtahun perkahwinan.

maaf untuk janji yang dimungkiri
janji saya pada diri sendiri

I>.4.U.12.4.#
-rasa nak terjun gaung-
T____T
macam nak pengsan
isnin nanti baru bangun balik semula.
*____*

tenggelam dalam emosi dan kejahilan diri
biarkan
abaikan.
hidupkan hari2 dengan senyuman.



Tuesday, 6 November 2012

Rindu like........



T_____T

rindu.
pada diri sendiri
yang dulu-dulu.
sekarang tue cuma kenangan.
walaupun rindu tu selalu datang.
bahagia nyaa hidup dulu!!!
salah??

ntah.
cuma rindu.
pernah terfikir nak patah balik?
yupe.
tapi

aku tau aku akan dicaci maki.
aku akan kena kutuk pasal tak bersungguh..
aku akan kata main-mainkan agama..
aku akan kena macam2 kata2 lah lagi..

why you people never stop judging others????

Sunday, 4 November 2012

!@$%^

winter is coming. So many leaves falling down from the tree,
and the snowflakes fall down naughtily.
They fall on the branches of tree, on roofs of houses and a wheat fields.
Soon the whole earth will be dressed in white.

:)
malam ni news feed fb penuh pasal snow... 

Thursday, 1 November 2012

冬天和你


有了你, 我变得很勇敢,
可以一直往前
大步大步的走下去。。。

这个冬天,有你很温暖。

-bukanayatsendiri-