Wednesday, 27 June 2012

~untuk kamu-kamu~

kadang-kadang aku sukar mengerti, 
tentang hakikat diri,
tentang kejadian yang telah terjadi,
setiap hari yang aku jalani,
setiap detik yang aku lalui,
seolah-olah satu misteri.

ada masa aku rasa seperti seorang raja,
aku ada kuasa aku punya harta,
seringkali juga merasa diri seolah hamba,
hamba pada manusia hamba pada dunia,
sering jua terbayang diri seperti patung bernyawa,
ada atau tiada,
seakan-akan sama sahaja, 
tidak diketahui hidup atau mati,
ada juga waktu terasa sehebat menteri, 
pantang hilang dari pandangan pasti diri ini akan dicari.

tapi begitulah manusia,
tak semua yang kita minta kita bakal terima,
ada masa tersungkur ada ketika gagah berdiri,
hidup ini aneh dan penuh misteri,
 sukar difahami payah dijalani.


kawan dan lawan
beza hanya pada huruf didepan
jika silap percaturan kawan boleh jadi lawan
jika benar pada gaya, lawan juga bisa berubah menjadi kawan
dihulurkan atau ditinggalkan,
payah sukar susah
maka, aku memilih bersama diri sendiri


aku lebih gemar menghadap laptop daripada menatap wajah manusia,
aku lebih suka mendengar lagu di mp3 daripada mendengar celoteh mereka,
aku lebih suka menulis diari lebih daripada bercerita,
aku lebih memilih bersendirian daripada duduk di dalam satu kumpulan,
aku lebih suka menonton bola daripada memasak,
aku lebih suka melayan video youtube daripada melayan hanzi, yufa dan shengdiao yang memeningkan,
aku lebih gemar membaca blog daripada membaca kewen yang meletihkan,
aku lebih suka minum nescafe daripada minum air masak,
aku lebih suka menyakat daripada memuji,
aku lebih suka melayan internet di atas katil daripada bersenam di cuaca yang tak menentu.

hahahaha... 
aku mula mengarut..

walau apapun,
 aku hanya ingin mengucap terima kasih kepada kalian dan kalian,
yang berada bersama selama aku hidup di atas dunia,
sepanjang aku menghirup nafas dari dua negara berbeza,
dari negara beriklim khatulistiwa sampai menjejak kaki ke negara tembok besar,
kepada ibu bapa dan keluarga,
tunggu kepulangan aku...
kepada kawan walau dimana sahaja anda berada,
kepada lawan yang telah mengajar aku bahawa tak semua akan suka pada kita,
kepada yang aku berkongsi cerita,
kepada yang aku jalani kehidupan bersama-sama,
kepada tukang-tukang masak sekalian,
kepada yang pernah memberi nasihat dan yang aku ambil manfaat daripadanya,
kepada yang tak putus memberi semangat tika aku jatuh dan lemah, 
kepada insan dekat dan jauh,
kepada yang membaca juga,
kepada semua hingga aku tak tahu nak taip apa. 

aku hargai setiap waktu, perkataan dan sumbangan,
yang pernah dihulurkan,
dalam bentuk apapun,
maaf juga untuk setiap khilaf dan salah,
aku cuma manusia biasa,
izinkan aku pulang tanpa dendam dan sesalan.
semoga kita berjumpa lagi jika diizinkan.
:) 

aku syukuri setiap hari yang berlalu
untuk waktu yang berharga disini.
terima kasih.
kerana pernah hadir.

#tetiba sebak plak nak balik malaysia..
..sobs sobs..
谢谢你,同屋!
may Allah bless u always..
:) sorry kalau buat perangai..
hahahhaha!!

may Allah bless all of U..
sorry i'm not a good person...
halalkan makan minum
ada feel lain bila tengok gambor nie
:')
:)
may Allah bless..
untuk setiap ilmu dan keindahannya.

:)
tq tukang2 masak!
muhahahah!!



may Allah bless...
i'll never forget this moment..
:)
jika usia kita panjang, kita kan berjumpa lagi..
may Allah bless kamu-kamu dan aku.
jazakallahu khairan kathira.
:D

aku
-ada-adha-adahanz-sulan-
(farasuhada senusi)

#jiwang ke? whatever!!
hahahaha..
:D
wa dah abes foundation weiii..
hahaha...

Sunday, 24 June 2012

fuuuuhhh...!!

Ice swallow.. 58 yuan..fuhhhh!!

1001 night fanguanr.. fuuuhh!!
tq for the dinner!

fuuuhh!!

fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh!! 
^^
fantastic..
boom!!!

errrr..
*gulp*
T.T
please... switch on..
hahaha
:D
last weekend for this semester before come back to malaysia!!

*malam tadi aku mimpikan kau... aneh lagi mimpinya... kenapakah?? :'(

Thursday, 21 June 2012

many story...

1st story:

hari nie birthday ayah...semalam  aku wish di fb.. tapi ayah x kan baca.. sebab ayah takde fb.. maka aku hantar sms.. tapi dialog fb tetap tak berani nak tulis di mesej juga.. T.T memang.. aku malu.. entahlah. kenapa pun aku tak tahu.. tapi itu tak bermakna aku tak sayang... sapa yang tak sayang ayah sendiri..dia lelaki pertama dalam hidup aku... aku doakan ayah baik-baik aja.. ayah selalu cakap aku kuat berangan.. dulu kecik2 aku suka buat benda bukan2... paling aku ingat aku suka pakai blazer ayah kat almari.. pastue berangan sorang2... pastu terkantoi plak.. lol~ dulu2 kalau aku marah.. aku suka mengamuk.. pastu pi belakang rumah asah parang... ayah kata, ikut perangai sapa tah aku nie.. klakar pon ade jugak kalau pikir2 kan.. hahaha... macam org x waras je.. :p ayah garang.. tapi garang mana pun.. aku lebih suka betau ayah kalau ada apa2.. dulu masa kecik2 aku suka teman ayah pi kebun.. makin besar, makin malas... penaat woo..!!  macam nak tanggal tulang aku buat kerja... untunglaa adik2 aku tak rasa sangat hidup susah.. hari ni kehidupan aku makin baik.. tapi ayah makin lama makin tua.. :( di usia 56 tahun ayah ade lagi banyak tangunggjawab yg nak diselesaikan.. adik2 yg masih kecik.. degil plak tue.. :p ish... kalau ikutkan ayah dah boleh 'pencen' dah.. maka, aku berazam balik ni taknak gaduh-gaduh lagi.. dengar cakap mak ngan ayah.. semoga berjaya!! 

2nd story: 

aku ber'skype' dengan akak angkat masa sekolah dulu... :) kami beza 3 tahun.. masa dia form 4, dia dapat adik angkat form 1 iaitu aku lah.. :) dia sikit tak berubah.. tapi aku pun tak berubah juga... dia kata, "ada nie sama je macam dulu2.. malu2.." hahaha... penat aku pikir.. apa yang nak diborakkan.. lama kami tak jumpa.. tapi dia ade kata aku nampak matang... hahahha... kelakar.. pastue bila aku speechless aku dok sengih je kat dia... :) hahahha... kami borak pasal hidup masing2 je... owh.. bila pikir balik, agak2 dulu dia tension x dapat adik angkat macam aku... awal2 lagi dah 'terejal'.. sorry la along.. hahaha... tak sangka kan.. masa berlalu terlalu pantas.. kadang2 aku pelik.. mana masa yang dah hilang tue.. =.='' 

3rd story: 

tadi exam tingli... macam biasa.. aku bedal je apa yang aku nak jawab... tulah aku.. dari dulu kalau ada exam je memang tue lah yg aku buat... orang aim nak terbaik.. aku aim janji lepas je.. teruk betul... so, 2 paper dah tamat.. lagi 2 paper.. semoga aku study! abes je paper.. aku kena berdepan dengan kenyataan yang aku kena balik ke malaysia... pastue cuti selama 2 bulan n then aku jadi pelajar degree.. oh... sungguh la aku nie tak dapat terima kenyataan.. tak sangka hampir tamat perjalanan sebagai pelajar asasi... kehidupan lepas nie mesti lagi mencabar... nak taknak aku kena terima juga.. T.T setahun dah kan?? erm... entah mana aku campak masa2 aku tue... semoga cuti 2 bulan nie tak lagi tersia-sia... berazam nak buat sesuatu yang bermanfaat.. in syaa Allah.. :)

sampai sini je lah cerita aku... ingat nak bedah blog nie.. tapi macam tak sempat.. lagi masa tak jumpa... =.='' aiseeyhh!!

*ingat nak belajar main pedang la... Huuu~~


Monday, 18 June 2012

untuk kau yang pernah hadir dalam diari hidup aku.

kau tahu...
semenjak dua menjak ni, 
aku sering teringatkan kau.
entah kenapa.. aku pon tak tahu.
 
untuk kau, walau aku tahu kau tak membacanya.... tapi dengan menulis aku harap aku dapat melegakan perasaan aku... walaupun aku tahu, aku takkan dapat padamkan semua kenangan yang telah berlaku...
 
kita bukan bermula sebagai kawan yang rapatkan? aku tahu... tapi bila masuk form 2.. aku ditakdirkan sebilik dengan kau.... kau tidur di atas, aku tidur dibahagian bawah... kadang-kadang, kita tidur sekatil... hahaha.. aku teringat bila kau tidur.. kau akan lepaskan rambut kau ke bawah... dan aku akan tarik.. :) kau ada rambut yang panjang... kau ingat tak... aku selalu main-main dengan rambut kau... aku harap kau ingat... aku cuba lagi ingat kenangan kita sama-sama... tapi bila aku cuba... aku tahu.. banyak yang aku dah lupa... ya.. salah aku.. sebab aku yang nak lupakan... 
 
hah.. kau ingat lagi tak... dulu bila balik dari cuti... kau akan bawak makanan.... dan kau akan kongsi dengan aku.. manisan.. dan paling aku ingat sekali... sambal udang mak kau... aku makan tanpa sebarang was-was... sebab kau kata mak kau tak masukkan benda-benda yang aku tak boleh makan... dan aku percaya... sedap... :) herm.... masa berlalu.... kau selalu ada dengan aku... kita lupakan segala perbezaan yang ada.. baik dari sudut bangsa ataupun agama kita... kita hidup sebagai kawan.... sampai ke malam tu.... 
 
aku tak tahu apa yang merasuk aku malam tu.... aku sedar... ego aku yang besar dan baran aku yang tak boleh dikawal mengeruhkan keadaan....aku mengamuk macam orang gila... seolah-olah takda satu pun benda baik yang aku dan kau lalui selama nie.... aku menuding jari ini semua salah kau... dan aku lah yang betul semata-mata... aku tahu... sebenarnya aku yang salah.... aku bimbang.. entah pada apa... aku naik angin dihadapan semua kawan2 kita.... dan kau tinggalkan malam tu dengan tangisan... dan aku hidup selepas tu dengan dendam dan kemarahan. segala kenangan selama 4 tahun musnah hanya dengan satu malam... kita tinggal di bilik yang sama tanpa sebarang komunikasi... aku mengunci mulut dan kau juga menjauhkan diri.. maaf... silap aku bila mana aku diuji.. dan aku memilih pilihan yang salah antara keegoan dan kawan...

kau... aku sedar.. bukan senang kau nak maafkan aku selepas malam tu. aku bukan saja menjauhkan kau daripada aku.. tapi aku jauhkan kemahuan kau belajar tentang agama aku. aku minta maaf... aku sejak akhir-akhir ni teringatkan kau... kau tahu... jika aku mampu ubah sesuatu.. aku minta agar malam itu diputar kembali.. tapi aku tahu.. semua tu sia-sia... aku cuma sebenarnya rindu kat kau... kau mesti tak percayakan orang macam aku akan rindu... hahaha.. tapi itu hakikatnya... aku dah terlalu lama hidup dalam resah gelisah... cumanya.. aku tak mampu nak meluahkan pada kau... aku malu.. kerana kau tahu aku siapa.

kau.... aku sentiasa berharap satu hari nanti, kita akan jadi kawan yang rapat macam dulu-dulu.... aku sentiasa berharap.... aku juga harap kita kan jumpa satu hari nanti... tanpa dendam.. dan penuh dengan senyuman... aku berharap juga satu hari nanti.. aku diberi kekuatan untuk berhadapan dengan kau dan memohon maaf... sudikah kau maafkan aku?

aku yang penuh khilaf...
jua kawan yang kejam.

Thursday, 14 June 2012

T.T

nothing important
i just longing my school
T.T

juniors n teachers..
tp ade yg aku x kenal..

nie cikgu BM yg awesome!!



dear friends,
when we can spend time together?

#aku berharap setiap kali aku pejamkan mata,
bila aku celik kembali
kau ada disisi..
..malangnya..
T.T

syukurlah,
dengan kehidupan yang kau ada
kelak kau akan tahu setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya
bila tak jauh, kau tak kan kenal apa itu rindu kan?
:)

aku rindukan kehidupan yang dulu,
tapi aku sangat cintakan kehidupan hari ini..
terima kasih Tuhan atas kurniaan nikmat,
terima kasih buat keluarga yang jauh,
terima kasih teman kerana ada disisi..
:')





Wednesday, 13 June 2012

lalala....

banyak benda nak ditulis,
cuma tak tahu macam mana nak mula.
banyak perkara ingin dikongsi,
malangnya tak tahu pada siapa
banyak benda nak bercerita,
tak tahu kalau ada yang sudi mendengar.

maka aku bercakap sendirian seperti orang gila..
jangan pelik..
sebab aku pon x mampu nak control.. :p

*study week n examination*
oh noo..
seriously aku sangat2 bimbang bila aku tak rasa apa-apa..
sejak bile aku pernah rasa??
ohh... formula lama..
T.E.N.A.N.G!!

#apa rasa jatuh cinta ye? kerana ada orang ingin rasa hidup macam aku yang tak pernah jatuh cinta pada berlainan jantina.. -.-''

Sunday, 3 June 2012

confident

:p
tak boleh nak imagine langsung kowt camna melihat diri sendiri
bila
kena bercakap depan orang walau kawan-kawan sendiri
dan walaupun benda yang simple je
-.-
pffffftttttt
berpeluh dan nervous yang tak terkata
dulu orang selalu kata nak bina confident bercakap di khayalak ramai
bercakap di depan cermin..
oh..
boleh praktis.. :p
lepas nie duduk 2 jam dlm toilet x kluar2... hohoho
sorry
i'm not ready for it..
even just need  to say simple word

sorry
 i don't have it.
CONFIDENT
it lost since i leave primary school.



Saturday, 2 June 2012

Sinergi~ 1+1=3

sinergi
1+1=3

kau akan tarik aku kalau aku jatuh??
aku minta diluar kemampuan
aku cuma berharap
dan akan terus berharap
akan ada yang sudi..
sobs3..
gatalseyhakumemalamgini..
:)


ermmmmmmmmmmmmmmm...
selalu aku baca novel dengan pandangan bahawa, penulis sedang menipu pembaca.. kerana apa? kerana watak hero yang ada di dalam novel seolah terlalu putih dan suci.. bermula dengan nama watak.. kemachoan dan kehenseman watak... kepada sifat dan perwatakan... let's imagine satu watak yang menggunakan nama biasa-biasa? adakah orang akan baca...? and at the end of the story is Happy!! HERO win and Antogonist character is always be a loser.... errr... nama pun novel kan?

setahun mungkin aku tak baca novel.... dan hari ni habiskan novel tulisan Hilal Asyraf tajuk Sinergi... erm... aku tak dapat kekalkan momentum menghabiskan satu novel dalam masa 5 jam... kak Aisyah punye... kasi pinjam suroh baca...  5 bab pertama... dah start tension... ada ke wujud watak Irfan Hakimi nie? Rasyid Zakwan? Baha a.k.a Faiz Hamzah...? n lain2... ohhh.... sambung lagi... ok.. tenggelam didalam cerita... sheikkhhh baca novel dah naik... tak boleh nak stop... lallallaala...~ 

Sinergi~~ 1+1=3 
Keimanan adalah paksi.... nak komen pon tak tahu macam mana... Iman!! kunci utama yang cuba disampaikan dalam cerita... Ukhuwah kena ada Iman... hebat ukhuwah yang ditonjolkan sampai... jika kau terjun ke neraka.. aku akan terjun dan tarik kau untuk naik semula... kita berpimpingan ke syurga... *gulp* buat baik atas dasar iman... bersahabat atas dasar iman... semuanya kena ada IMAN... mungkin masa aku baca pun ada gak perasaan sama macam watak Erman dalam cerita nie... syak wasangka dan aneh! yupe2... aneh...  ada dalam realiti ke keadaan macam nie? camna nak nafikan? 

just because u didn't feel it, it does not mean it not true.. right?
herm.. betul... takkan sebab aku bukan seorang pemurah, watak sanggup derma wang yang banyak... kita nafikan dengan alasan.. it just a novel... atau jika kita bukan penyabar kita nak cakap bila watak yang tertonjol seorang yang penyabar tahap giga... eleh... novel je pon.. watak dan cerita ada tukang karangnya... herm... btw this novel is a great novel.. terharu kot camna depa (ahli PERMAI) mendakwahkan si Disaster 5 yg super geniouuuss tu back to their Fitrah ... and the bad thing when i really think that Erman is Secret... :0 sekali bukan!!! rupanya Syafiq... watak putih pada permulaannya... oh noo!! see?? manusia suka menilai tanpa habiskan bacaan.... hehehhehe... sama macam segelintir manusia yang menghukum semata tanpa tahu apa-apa... ~.~ me too act.. lol~

erm... mungkin untuk aku mmbaca novel begini dan memahami nya juga memerlukan kuasa luar biasa...
KEIMANAN!

dan hasilnya?
SUPER DUPER!
:)

p/s: dan untuk capai KEIMANAN tue ada sesuatu yang perlu dikorbankan... erm.. mampu?