Wednesday, 30 May 2012

biarkan bulan yang berbicara


bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang 
langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang yang menjadi saksi
takkan kuulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini
lagu: Biarlah bulan bicara sendiri by Broery Marantika

entah kenapa malam ini aku mengulang-ulang lagu ni..
lagu ni tak ada kaitan dengan sesiapapun..
lagu ni lagu cinta kot... :p
 dua rangkap  lagu nie yang buat aku dengar ulang-ulang
mungkin betul kata someone...
kadang-kadang jawapan ada dah depan mata,
kita dah nampak sebenarnya cuma...
cuma...
DINAFIKAN hakikatnya
DIBUTAKAN mata yang celik
DIPEKAKKAN telinga yang mendengar
sudahnya...
sesat dijalan yang terang.
hodohkan..
ramai orang di luar sana yang sesat kerana tak nampak jalan
tapi ada orang yang dah diberi jalan masih lagi sesat.
malang sungguh.
:'( 

hari ini.
tiba-tiba aku rindu pada benda bodoh yang dulu aku buat kalau stress..
teringat masa dalam kelas pulak tue..
arggghhhh....

dan tiba-tiba terbit rasa sesalan dalam hati bila tengok orang lain.
betulkah pilihan aku ni?
nak jadi cikgu ke aku?
argghh...
aku terlupa untuk bersyukur
Ada.. Ada
Tuhan, buang segala sesalan dalam hati ini...
 
 


Tuesday, 29 May 2012

aku

orang selalu kata, aku nie ego
ada juga yang pernah kata, aku nie gila dan sengal
dan bukan sikit yang kata , aku ni berlagak dan sombong

dan aku tak pernah nak kisah...
katalah apa saja..
aku tak hidup kerana kau dan aku tak nak tahu apa yang kau fikir tentang aku...
itulah aku... ya memang itu aku... 

aku
aku 
aku
aku cuba lupakan semua benda
aku harap aku akan tidur di malam hari dan bila bangun seolah bayi
aku tak kenal sesiapapun
aku takkan benci dan sayang pada sesiapa
sebab
aku tak kenal sesiapa..

aku pernah hidup dengan cara aku
hidup tanpa tujuan dan matlamat
hidup untuk hari ini 
selagi belum tiba hari esok selagi itu aku takkan berfikir tentangnya
tapi aku tak pernah gusar
aku bahagia,
mungkin?
entah.. yang penting aku tak gusar

hari ini..
makin hari makin payah
apa yang bakal terjadi besok hari?
aku tak suka keadaan macam ni..
mana pergi bahagia yang dulu?

dulu aku tidak berduit.
hari ini aku boleh beli apa yang aku inginkan
dulu aku tak kenal agama sendiri
hari ini aku mula belajar tentangnya kembali
dulu aku tutup setiap ruang untuk sesiapa singgah ke dalam hati
hari ini aku mula belajar kenal manusia
tapi 
apa lagi yang hilang?

mungkin dosa lama menutup jalan itu.

aku
rindu kehidupan yang dulu..

kau memang gila! 

*kemana aku yang dulu? 
tangan yang lupa pada luka, tubuh yang lupa pada letih.

 
 
 

Thursday, 24 May 2012

Hakikat yang tidak dialukan

Bila tiba masanya, tiada apa dan siapa pun yang mampu menghalang.
Kita hanya diberi pinjam nyawa, sampai ketika perlu dipulang kembali
apa yang telah kita lakukan di dunia bakal ditanya
pengakhiran itu tidak mengira usia dan ketika
sampai waktu semua kan tetap kembali kepada Dia
apa persembahanmu wahai diri?
Sedarlah... sedarlah...
sampai waktu kau akan pulang
kau akan ditanya
tentang pinjaman nyawa
apa yang bakal kau jawab...
sedarlah
KEMATIAN itu pasti
MATI itu pasti..
sedarlah wahai diri..
sedarlah ketika masih ada waktu
bila nyawa sampai ke kerongkong
tangisan dan penyesalan tiada guna..
sedarlah..
sedarlah...
kau akan tinggalkan dunia dan segala isinya
hanya amal solehmu yang bakal mengiringimu
dan cuma 3 yang kau mampu membantu 
saat sendiri di alam kubur
ilmu yang bermanfaat
sedekah jariah yang berterusan
doa anak-anak soleh


اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."
T___T
Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga tempat kembali
Kematian itu pasti..
masa dia yang telah tiba, masa kita?? 
:'(

aku tiada simpan sebarang gambar masa zaman sekolah rendah
tapi inshaa Allah..
aku masih ingat kawan-kawan lama
moga usia dan masa aku dan mereka diberkati.

~aku manusia yang takutkan mati~
T___T

Monday, 21 May 2012

19 = 0 :(

i dream i can fly
but it just a dream

masa yang berlalu dan aku yang tertinggal


dulu-dulu aku pernah berharap
aku tak kan jadi dewasa sampai bila-bila
aku nak jadi muda remaja sampai bila-bila 
macam dalam cerita peterpan...
pasal apa?
pasal aku bencikan komitmen, pasal aku tak suka dewasa.
pasal aku tak suka amanah dan tanggungjawab.. aku rasa macam terbeban dan tertekan
orang dewasa banyak problem.. kena fikir itu dan ini..
duit... keluarga... tanggungjawab... kerja dan macam2 lah lagi...
leceh.. ~.~

kak anna pernah mem'bebel'... errrrr =.=''
"kau nie Ada, kalau akak biar kau sehari kat dapur apa yang kau boleh buat??"
dengan selamba badaknya aku menjawab, " saya masak nasi ngan telur, dan makan! LIFE IS SIMPLE, kak..SIMPLE.. saya tak sukakan komitmen..." 
ceehh.. :p selamba x aku?
"kau nie Adahanz.... bukan selamanya kita hidup pada umur 19 tahun"
 dan dia pun pernah tanya,
"bila kau nak kahwin Adahanz? umur kau berapa?19 tahun?" 
"saya taknak kahwin... tak lah.. 18 tahun setengah.. :p "
"mana boleh tak kahwin.... tue kan sunnah... dan blablablablabla..."

komitmen dan aku 
memang sukar nak bersatu...

lili cakap congrates pasal aku kembali mencuba
tapi aku kata aku masih was2..
aku tak suka komitmen, bila aku masuk aku rasa terbeban
dan dia cakap,
"kite mmg ade komitmen nie sejak lahir, cuma baru2 nie aje tersedar, diam tak diam dah 19 tahun jugak kau hidup menggalas komitmen nie"

maka....
19 tahun yang terabai
pening3
kan aku dah kata aku tak suka fikir...
tapi fikir juga lah kan..

:(
susah yer nak didik diri jadi Manusia?
nak balik planet zuhal la.. 

cita-cita aku takkan tercapai ke?
boleh... hanya kat satu tempat..
SYURGA
tapi layakke? 
:'(
 

Hasan Al Basri meriwayatkan:
“Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Muhammad, lalu berkata;
“Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.”
Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Wahai ibu fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.”
Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera  Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”



Saturday, 19 May 2012

langkah sekali lagi

kau sanggup tunggu aku?

menunggu itu memang mampu..
tapi sampai bila harus kau bertangguh.

aku berfikir tentangnya.
bukan sekali..
tapi berkali..
 dan akhirnya
aku kembali 
walaupun waswas masih menjadi raja di hati.

maaf aku hadir tanpa hati.
tapi aku masih terus mencari
mungkin jawapan akan muncul jua
jika tidak,
sekurangnya aku berusaha

terlalu jauh tertinggal
sehingga tak tahu dari mana ingin kembali mula
 aku cuba bersuara
tapi kelat

aku
manusia yang hanya ingin hidup aman dan tenteram 

(13:28)

"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)
Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)
dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

Kau manusia hipokrit!!
TIDAK..
itu fitrah manusia sukakan kebaikan

Tuhan... tunjukkan aku jalanMu, jalan yang Kau redha
ajari aku tentang makna keikhlasan
kurniakan aku kecintaan.

pejam mata
melangkah saja.
beri aku peluang sekali lagi.

Monday, 14 May 2012

post gila

i lock my heart.

from you and they..

aku tak percaya dan tak mahu percaya lagi.... 


aku lebih rela hidup sendiri daripada menyakiti dan disakiti... pergi..... dan jangan kembali.... aku benci untuk menyayangi... maaf... aku nak buang kau jauh-jauh dari kehidupan aku.... B*&^H??? memang... aku bodoh dan gila... diam aku, kerana aku letih hidup bersama dendam dan emosi......




akudiambukanbermaknaakurela
jangandijoloksarangtebuan
tebuaninidahlamatakmenyinga
 ......................................

*postgila
ditulisolehoranggila
ketikamoodsedangmenggila
............ 


Wednesday, 9 May 2012

selamat datang putera

:) 8 mei 2012/ 17 jamadil akhir 1433h

Akak sulung aku selamat dibedah dan mendapat baby lelaki... Alhamdulillah... aku dapat berita masa kelas kouyu... senyum... :)

selamat tiba wahai putera




selamat tiba wahai putera
ke alam dunia 
yang penuh pancaroba
penuh suka dan tawa
derita dan sengsara
dunia ini menjanjikan bahagia
juga punca kepada air mata
penuh dengan cinta 
juga bukan sedikit tipu daya

kau yang tiba tanpa dosa
umpama kain putih yang tiada cela
corakan yang terpalit datang daripada didikan ibu bapa
 sampai masa nanti, aku dan kau akan pulang ke tempat asal kita datang
ketika itu sama-sama akan ditanya tentang pinjaman nyawa.

bermula hari ini kehidupanmu sebagai manusia
dan juga hamba yang Esa
moga kau tak lupa
seperti mana aku pernah terlupa

aku doakan kau agar menjadi
anak soleh yang berbakti kepada orang tuamu
pemuda yang gagah berani
lelaki yang bijak dan amanah

amiin... :)

selamat datang hero!!
salam sayang dari aunty di bumi China..

oh... hero ini masih belum bernama.. :)
 
 
 

 

 
:)  comel macam aunty die.. kahkahkah

anak sedara den... azwafie with little bro..

Sunday, 6 May 2012

Aku dan sekuntum bunga.

terima kasih untuk hari hari yang telah berlalu

   



Bunga...
yang pertama,
sebuah permulaan,
hanya sekuntum,
merah menawan,
jadi santapan mata,
setiap hari,
tanpa aku jemu,
tersenyum. :)

Semalam...
satu persatu,
kelopaknya jatuh berguguran,
ah.... penamatkah tandanya?
sebuah cerita,
tentang cinta,
Oh.... jangan...
dengarkah kau jeritanku?

Tapi dia takkan mekar lagi,
layu menyembah bumi,
lalu kukutip kelopak yang gugur,
ku selit di celah halaman buku.

Biar dia hilang dari pandangan,
agar aku tahu apa erti rindu.

Terima kasih
kerana pernah hadir,
menghiasi meja dikamarku,
menghadiahkan sebuah senyuman,
hanya aku yang bisa melihatnya.

Ajal telah menjemputmu,
memang setiap yang hidup,
tiada lain yang menanti,
melainkan sebuah kematian,
juga sebagai tanda,
kepada kenyataan bergelar perpisahan,
antara seorang manusia dan sekuntum bunga.

Aman bersemadilah dikau,
meski kau pergi tanpa kerelaan,
moga diriku dapat gantimu,
namun kau masih tetap akan kurindu,
kerana engkau kuntum pertama.

*kenapa kau tangisi sebuah perpisahan?? tangisilah pada sebuah pertemuan, kerana tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan...

Aku,
yang masih setia menunggu,
namun, 
kau yang tak kunjung tiba,
Bukan salahmu,
bila aku yang memilih jalan sendiri.
maaf...
salah aku, bukan kamu mahupun mereka.

pergi...
jangan...
kembali..
jangan..
tutup mata..
buat pilihan...
kau mahu hidup bahagiakan?

~aku yang masih kaku, jasad yang kehilangan roh~
kasihan..
kasihan..
kasihan lagi..
pada siapa? 
diri sendiri..