Tuesday, 25 December 2012

macam-macam

.....satu.....
buka muka buku, 
terpandang satu gambar yang ada wanita yang macam kenal tapi tak cam.

bila tengok balik betul-betul,
tercarut pada diri sendiri,
celaka punya budak,
itu orang yang lahirkan kau! 

anak jenis apa kau ni...!!
T__T

maaf, cuma aku tak cam wajah yang dah berubah
wajah tua yang semakin cengkung.

pelik bukan?
bila depan mata kau sanggup membatukan diri,
enggan bersuara dan berborak,
rela mengurung diri dalam bilik,
bila jauh,
berkeras tak mahu bertanya khabar,
segan-malu-kelu kononnya,
tapi...
dalam masa yang sama,
mencelakakan diri sendiri.

jarak jauh gagal didik aku jadi manusia rupanya.


.....dua.....

beijing-guangzhou-shenzhen-beijing
21.12.2012---> 24.12.2012

manusia perlu akur,
sejauh mana dia berlari,
sampai waktu dia perlu berhenti,
lelah.
seindah mana dia bermimpi,
sampai waktu dia perlu kembali terjaga,
realiti.
sekuat mana dia menafi,
sampai waktu perlu akur terima,
kebenaran.

aku banyak merungut lagi untuk perjalanan ini.
-lupa-lemau-manja-
tapi bukan gedik

welcome home.
exam is coming...
beware.
and please,
read your book,
don't sleep too much,
don't watch movies.
after exam lu lenjan buat apa yang lu suka..
ok?







Friday, 21 December 2012

21122012



tetapkan pendirian,
teguhkan kaki,
cekalkan jiwa,
mudahkan perjalanan aku, Tuhan.

beijing---> guangzhou

celakalah manusia macam aku 
yang kuat merungut dan tak tahu syukur

:'(

bila x bawak berjalan, kau minta.. tanya itu dan ini..
bila dah dibawa, kau kata malas dan macam2 lagi..
malang!
memang dasar kau manusia lupa.

aku menyampah baca post ttg tarikh kat atas! 


Sunday, 16 December 2012

akubukanego

buka saja-saja ditahan titisan dari gugur,
bukan aku bangga digelar ego.
bukan
bukan 
bukan

cuma berilah aku untuk hidup dengan keegoan ini,
sepanjang aku ada disini,
izinkan aku teruskan dengan cara sendiri,
supaya bila jatuh aku bisa bangun kembali.

............................................................................
kau tahukan
awal kita bertemu aku malu
kemudian setelah kau kenal aku,
aku ni haru biru
melawan membantah tiada segan silu


berbuih kau berleter
aku ini aku
yang degil dan kaku
yang kayu dan batu
aku dengar cuma aku belum mampu
untuk jadi semua benda yang manusia mahu.

....................................................................................

belajar tentang hidup, Ada..
bukan hanya yang kita dapat dalam kelas..
banyak benda yang kita boleh belajar...
jaga diri... dengar pesan dari yang lebih tua.
-Dia-

aku takkan lupa setiap pesan nasihat
cuma belum mampu..
doakan aku.

maaf kak, adikmu ini nakal selalu..
:)

aku doa semoga perjalanan mu selepas ini dipermudahkan dan diberkati Tuhan.

Friday, 14 December 2012

jagadiauntukaku

malam ini beijing menangis lagi


abes layan bola baru perasan..
-.-''

my Dad yg bersongkok
:')
kalau malam nie aku bilang aku rindu?
*sigh*
kamu takkan tahu kan?
kerana aku malu untuk meluahkannya.
maaf, Ayah.
untuk anak dara yang malu untuk mengaku yang dia sayang kamu.
T____T

aku tak mahu mana-mana lelaki
aku cuma mahu ayah.

ayah,
orang dah besar.
tanpa kamu sedar.
:'(

Wednesday, 12 December 2012

#salji_2


salji kedua pada tahun kedua
tarikh terakhir yang boleh kau jumpa sebegini cantik kata mereka2
12.12.12

aku tunggu juga 
12:12:12 pm 12.12.12
tapi kat kelas
ntah tgah dengar2 laoshi cakap
tiba2 terlepas... 
hahaha...


kau selalu puja sang salji, sampai kau lupa untuk memuja yang ciptakan salji.
sedangkan salji itu juga makhluk seperti engkau.
hamba Tuhan
yang bezakan salji itu tak lupa siapa dirinya tapi engkau asyik terlupa.
kau memang aneh.

#Everyone was going on about 10.11.12 being once a lifetime date. Isn't every single day once a lifetime, never to return? -mufti Ismail Menk- 
same ayat untuk 12.12.12~~

Monday, 10 December 2012

Timeline hidup?


pelik bila nak buat Timeline Hidup diri sendiri... 
kan? 
cuak, 
itu lebih tepat.
sebab hanya ada garis lahir je..

:(

- 7 september 1993 ............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. (ini kisah hidup aku sepanjang 19 tahun 3 bulan) 

menarikkan?
*sigh*

bangun... makan.... pergi sekolah... balik sekolah...makan... tuisyen/prep.... main/riadah/tidur..... makan... prep/tuisyen/blajo... balik tengok tv...tidur....

sepanjang2 hidup.. 
sungguh lah hidup aku paling seronok atas dunia.
-.-

takde komitmen, 
takde masalah,
tak perlu risau,

apa tujuan hidup?
...........
-tunggu mati-

aku tak suka ini homework.

penghuni baru bilik 341, bangunan 17 BlCU
balikla korang semua time winter.
tingggaaalllkannn aku dengan patung x bernyawa ini..
lols~



Tuesday, 27 November 2012

jauh dan jauh


masa tak pernah berhenti berlari
sama ada kau keraskan diri dan tak ambil peduli
atau
kau lakukan sesuatu yang bermanfaat dan hargai setiap detik yang pasti tiada ganti.

kita manusia,
tak mampu mendahului masa, walau sejauh mana pantas kayuhan 
besok belum tentu milik kita..

kita manusia,
tak mampu mengundur walau setapak pun, walau sehebat mana kita mencuba
masa lalu hanya tinggal kenangan..


#tengok balik gambar-gambar sepanjang setahun perjalanan... yang manis-manis buat penambah semangat untuk teruskan lagi perjalanan... aku tak mahu berhenti  di pertengahan jalan. aku tak mahu dipanggil pengecut dan pengalah. sama ada tiba sebagai juara atau terkandas di pertengahan... kita berhak pilih, kawan... bersabarlah... tetapkan keyakinan... tersenyumlah... hargai setiap detik walau sukar... moga ada keindahan di sebalik luka...

#aku rindu pada semua dan masa lalu... 

Tuesday, 20 November 2012

serba salah..


erm...
seminggu ni serba salah.
dua tiga kali nak tekan butang share, tp x jadi..
penuh newsfeed Fb pasal Gaza,palestin israel.
mula-mula malas amik pusing..
bukan baru pertama kali Gaza kena serang, tanah Palestin kene ceroboh..
banyak kali.. 
kali ni pada Awal Muharam. 

hadiah tahun baru?

sejak sekolah banyak lah pihak datang bagi kesedaran pasal gaza, palestin..
tahu sejarah peperangan dan penubuhan negara haram Israel 
tapi??
lama dah tahu.. tapi buat-buat buta.. 
saat aku paksa diri nak bangun pagi, pergi kelas
orang Palestin keluar berjihad...

belum lagi isu kempen boikot memboikot.
ramai duk share.. 
bukan setakat tak boleh boikot.. nak share balik pun serba salah..
mau nye x.. 
aku bukan pemboikot.. satgi nak pi share pulak.. 
macam meletak tahi dimuka sendiri.. 

adakah makna aku tak peduli??
kat sini tak makan mcD.
so x timbul isu aku boikot mcD ke x.. 
barang lain?
hari-hari telan nescafe... 
hari Gaza kene serang, hari tulah aku teguk cocacola...
so?

serba salah tahu tak???
argghhh!!!

Friday, 9 November 2012

10.11.12

esok
10.11.12
beberapa minit lagi
tarikh cantik 
tapi kelam

dua tahun
masih disini
membatukan diri

selamat hari lahir, Ustazah
selamat ulangtahun perkahwinan.

maaf untuk janji yang dimungkiri
janji saya pada diri sendiri

I>.4.U.12.4.#
-rasa nak terjun gaung-
T____T
macam nak pengsan
isnin nanti baru bangun balik semula.
*____*

tenggelam dalam emosi dan kejahilan diri
biarkan
abaikan.
hidupkan hari2 dengan senyuman.



Tuesday, 6 November 2012

Rindu like........



T_____T

rindu.
pada diri sendiri
yang dulu-dulu.
sekarang tue cuma kenangan.
walaupun rindu tu selalu datang.
bahagia nyaa hidup dulu!!!
salah??

ntah.
cuma rindu.
pernah terfikir nak patah balik?
yupe.
tapi

aku tau aku akan dicaci maki.
aku akan kena kutuk pasal tak bersungguh..
aku akan kata main-mainkan agama..
aku akan kena macam2 kata2 lah lagi..

why you people never stop judging others????

Sunday, 4 November 2012

!@$%^

winter is coming. So many leaves falling down from the tree,
and the snowflakes fall down naughtily.
They fall on the branches of tree, on roofs of houses and a wheat fields.
Soon the whole earth will be dressed in white.

:)
malam ni news feed fb penuh pasal snow... 

Thursday, 1 November 2012

冬天和你


有了你, 我变得很勇敢,
可以一直往前
大步大步的走下去。。。

这个冬天,有你很温暖。

-bukanayatsendiri-

Monday, 29 October 2012

daun yang berguguran
tapi dosa yang masih tak gugur-gugur.

-sometimes I wish I could just literally sleep the whole day, 
so I don't have to deal with life and all its crap.-


Thursday, 25 October 2012

monolog dalaman.


kau menyesal, Ada? 

kadang-kadang...
ekh... taklah... selalu...
ye.. aku menyesal...
ekh... tak.. mana ada.. aku happy duk sini.. mana ada sekelumit perasaan sesal.. 

:'( 
damn!
aku menyesal.. 

rupanya kau manusia tak tahu dek untung..
kufur nikmat!

Tuesday, 23 October 2012

memori~





tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula rumah tempat membesar.
17 tahun

semua orang dah ada hidup sendiri,
tapi jangan lupa pada rumah ni.
cis... emosi!
kenangan beb... 
bukan sikit... 
sejak lahir.. sampai jadi manusia... 
rumah ni jadi saksi.

kalau nak ingat kenangan terlalu banyak.
tempat gelak ketawa, tempat berperang sesama sendiri, tempat bermain, tempat menangis.
tempat berkumpul setahun sekali/dua kali.
masa takkan kembali, 
tapi kenangan tak hilang. 

rumah semakin tua tunggu masa nak rebah ke bumi,
manusia semakin dewasa menunggu hari mati.

-rumah lama-
rest in peace


Saturday, 20 October 2012

Running slave

kau bilang kau mahu lari
tapi kau ragu?
maka...
jangan lari, kawan.

lari untuk orang yang bersedia dan yakin,
bukan untuk yang ragu..
nanti kau letih.

:)
aku bilang mahu lari, lalu aku lari.
tapi dihujungnya masih tetap letih juga.
trek untuk larikan diri daripada kehidupan tak pernah wujud.
itu cuma fantasi je kawan. 
:)

untuk kau dan aku!

Friday, 19 October 2012

antara dua kecintaan



bila Abu Quhafah memeluk Islam
Abu BAkar menangis,
lalu insan paling mulia bertanya: 
"apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?"
lalu As-Siddiq menjawab: 
"seandainya tangan bapa saudaramu (abu talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut islam."
itu tanda cinta seorang sahabat kepada sang Kekasih
didahulukan segalanya demi cinta

Seorang lelaki juga cinta pada sang Kekasih
dijaga, dicintai, dipertahankan sedaya yang mampu
dia cinta tapi menolak Iman
walau ajaran itu dibawa oleh insan yang dipelihara sejak kecil
dihujung nyawa, sang Kekasih berkata:
" wahai bapa saudaraku,ucapkanlah tiada Tuhan melainkan Allah! perkataan yang mampu membolehkan aku membela kamu pada hari akhirat kelak."
maka dijawabnya:
"jangan sampai orang mengatakan Abu Talib mengubah agamanya"
maka dukacita sang Kekasih melihat perginya manusia yang mempertahankannya tanpa Islam.

antara dua kecintaan
dua-duanya cinta 
tapi cinta mereka berbeza

maka pilihlah cinta yang kau inginkan.

Tuesday, 16 October 2012

stLm~


you haven't really lived,
unless you have a lot to regret.

but I think we should remember not what we lost, but what we've done.

Dr. Alfred Blalock
-something the Lord made-

did U regret choose this way?

Wednesday, 10 October 2012

#2

that every moment 
we share together
is even better than the moment before
if everyday was as good as today was
then i can't wait until tomorrow comes
-westlife... moments-

malam nie malam layan lagu westlife

bila sedih teringat kat impian yang tak tercapai, fikirkanlah nikmat yang telah kau peroleh sepanjang bernyawa.... fikirkan di mana kau berdiri hari ini... fikirkan kepayahan dan kesengsesaraan orang lain... mungkin ada ketenangan disitu... mungkin kau tahu apa itu erti SYUKUR
:)

Monday, 8 October 2012

#1



"telah kau jumpa jawapannya, atau telah kau butakan aja mata pada jawapan yang telah ada?"


"Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu."

"Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata, gitu?"

~Indra_contengan jalanan~
  hlovate   


Monday, 1 October 2012

b4 ke xi'an

berpisahlah,
nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan

mengembaralah di bumi,
nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu

singa jika tidak meninggalkan hutannya,
tidak akan garang

anak panah jika tidak meninggalkan busarnya,
tidak akan mengena sasaran.

majd al-arab
~penyair Abu Firas al-Amiri~

permusafiran ke xi'an
semoga dimudahkan segala perjalanan

mungkin suatu kembara mencari jiwa yang entah hilang kemana
mungkin juga dalam perjalanan terjumpa penawar jiwa luka
atau suatu perjalanan yang belum tentu arahnya..

#men'sedia'kan hati,fizikal, mental untuk sebuah perjalanan..

Friday, 21 September 2012

21sept_beijing


setahun.
apa yang patut diucapkan?
banyak perkara yang tak disangka datang menimpa.
setahun.
ye dah setahun..

belek balik diari lama dan baca 
sepanjang setahun nie..
tak sangka..
masa
yang hilang.
:'(

tarik nafas dalam2
dan 
hembus..
pejamkan mata 
teruskan perjalanan
moga mimpi seterusnya bukan mimpi ngeri!


Monday, 17 September 2012

Saturday, 15 September 2012

belajar
 untuk buat pilihan sendiri
hidup sendiri
risaukan diri sendiri
hargai diri sendiri
mencuba sendiri

hidup dan manusia sering menipu
tapi aku akan tetap berdiri
di atas kaki sendiri..

Thursday, 13 September 2012

hujung keegoan & kebodohan

persahabatan 4 tahun
Musnah satu malam.

Ego 3 tahun
lebur malam ini.

dia maafkan untuk segala keceluparan..
dia pilih mengingati 4 tahun lebih dari 1 malam celaka
aku pilih ego dari sebuah persahabatan..
yang hingga kesudah tiada hasil.

Tuhan, saksikan.
aku tak mahu lagi hilang kawan sebab kebodohan.





Tuesday, 11 September 2012

La MuERtA~ dead woman


watched a movie
Truly Madly Deeply 1990
found a poem.
spanish poem
La Muerta (the dead woman)
by Pablo Neruda

short version in the movie
spanish read by Alan Rickman
English read by Juliet Stevenson
has long version but it's too long



perdóname.
forgive me


Si tú no vives,
if you no longer lived


si tú, querida, amor mío, si tú
te has muerto,
if you, beloved my love
if you have died


todas las hojas caerán en mi pecho,
all the leaves will fall in my breast,


lloverá sobre mi alma noche y día,
it will rain on my soul night and day

mis pies querrán marchar hacia donde tú duermes, 
my feet will want to walk to where you are sleeping

pero seguiré vivo,
but I shall go on living



yes
we love 
we care 
we miss
but 
one day everyone will go away
have their own life
leave us
alone
die
and when the time come
you must let it go
and continue your life

manusia datang dan pergi..
tapi cinta dan kenangan tak mati


#baca buku Ustaz Hasrizal~ Di hamparan shamrock ku seru nama MU.. jumpa pasal Frank mcCourt and movie Angela's Ashes... sometimes bace pngalaman hidup orang ni mengajar byak benda.. :)
bunyi matang heh..? :p di usia 19 tahun.. :)





Friday, 7 September 2012

perMiNtaaN

There is a world out there and even if you don't want to meet it, it's still going to hit you right in the face. 
what if the world is just a big disappointment?

yeahh... 
hakikat... 
walau macam mana pun gua cuba berharap..
dia akan tetap tiba
muncul tanpa diundang.

dulu gua x pernah terfikir satu hari nanti akan bergelar pelajar degree, hari ni dah hari ke 3 gua masuk kelas degree.. gua rasa seram sejuk je pasal kene duduk ngan foreigner. 
dulu gua rasa macam gua nie takkan membesar sampai bila2.. gua nak jadi budak sampai bila2.. tapi rupanya tak boleh.. walaupun gua tak tinggi2 tapi gua mengembang dengan jayanya.
dassshhaaattt!!!

detik tetap berlalu meski kita membatukan diri..

hari nie gua genap 19 tahun.
ceiit.. x leh mengelat lagi..
terima kasih untuk ucapan daripada yang ingat.
yang lupa xpa.. jangan ingat.. 
sekurangnya orang ingat gua muda lagi.. 
hohoho..

tapi banyak2 perkara jika gua boleh minta
gua harap satu..

ucapan hari lahir dari mereka.. 
tanpa perlu diingatkan hari ni hari lahir gua..
walau gua tahu ucapan bukan segalanya..
sekurangnya dapat sedapkan hati gua..
gua tunggu belas2 tahun nie.. kali terakhir tak tahu bila..
tu pun gua yang kata.. hari ni hari lahir gua..
sadiss.. 
gua harap je.. 
gua tunggu..
telefon dan minta?? 
nope!
gua bukan ego cuma...
malu..

gua dapat hadiah...
teddy bear...
hahaha... 
comei2...
jadi hiasan tepi katil.. 
:) 

kenapa gua tulis macam nie? pakai 'gua'..
supaya tak bunyi emosi 
perasaan sembunyi dalam hati ja.. 
ok?
may Allah bless.. 


Sunday, 19 August 2012

Pay It Forward





I watched a movie on Eid's night
English movie..
yupe... i wasted most my times since i come back home in front of my laptop
i just watch again and again..
so this night, on Eid's night..
 i choose 
'Pay it forward'
about a boy who try to change the world
using simple idea but brilliant ways..
helping people who need help and ask them to 'pay it forward'
argghhh... don't tell me it just a movie... 
I know that but I always believed in fantasy more than reality.. 
hohoho... :D 

I don't know how to spread the messages
so i did what people always did.
I suggested to all of you to watch the movie
please.



his theory
you/me
helped three people
and told them to Pay It Forward to three more people
everyone should do the same
1
3
9
27
hundreds
thousands
and millions..


                                                          
watch it... 
but
ending of this movie really 
$4D

life isn't fair..
right?

ohhhhhhhh...
now, i understand it.
professor severus snape
:p

p/s: i also didn't know why i type this entry using English... oh.. my English.. 
        i got 'A' in English for spm but still B4 for English 1119... haha :D


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Taqaballallahu minna wa minkum


                                                         



Sunday, 22 July 2012

S.K.S

hai kawan...
enam tahun aku menyepi... buat hal sendiri... kalian kawan kalian juga lawan.. mungkin aku yang sombong.. lepas tinggalkan sekolah rendah dan aku dpat tawaran ke asrama.. hubungan kawan itu terputus.. seolah bernokhtah.. tapi aku tak lupa.. sejak dulu sampai hari ini... mungkin ingatan kabur-kabur sebab waktu yang berlalu... 

kawan
aku pulang ke kampung halaman.. jika aku keluar rumah nak ke pekan.. aku lalu tempat kita membesar dan kita timba ilmu.. sekolah pertama.. malangnya dulu zaman sekolah, kita masing-masing anak kampung yang sengkek. tak ada kamera untuk ambil gambar kenangan.. tapi kenangan itu ada.. 

kawan..
aku pulang.
tapi mungkin bukan waktu kita berjumpa.. 
cuma aku dengar pelbagai cerita.. baik buruk suka duka.. 
aku akan bertanya,
dimana kalian sekarang?.. belajar dimana? hidup macammana?
dan mereka bercerita..
aku tumpang gembira mendengar berita kalian.. 
tapi tak aku nafikan ada perasaan sedih yang aku pendam..
bila aku dengar khabar yang menyentap hati.. 

kawan..
setiap orang buat silap bukan...
aku juga...
jika aku bisa meminta
aku minta agar persahabatan ini tak putus.
aku masih kawan.
dan akan kekal sebagai kawan.

setiap anak Adam itu berdosa bukan? moga Allah ampunkan kita semua..
dibahu siapakah akan tergalas tanggungjawab menunjukkan jalan kepada mereka?

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan 
tertutup pintu-pintu neraka,
terbuka luas pintu syurga,
tergari iblis penghasut iman,
ditinggalkan pesan pada si nafsu,
jangan dibiarkan anak Adam hanyut,
dalam kebaikan dan janji Tuhan,

ya..
yang tertinggal
N.A.F.S.U

ya ramadhan,
Engkau tiba disaat aku tidak bersedia,
Bukan tiada masa,
cuma leka dengan dunia,
semoga yang aku sambut biasa-biasa,
melahirkan sesuatu yang luar biasa.

tunggu aku
tarik aku
bawa aku
ke gerbang Syurga.

p/s: 3,4,5 ogos.. aku masih keliru, was-was melampau mungkin... 
jawapan yang diminta... belum mampu diberi... 

Thursday, 12 July 2012

si tua!

falling in love..
who?
me! 

oh.. this is really crazy!

ok..
T.I.P.U

ini semua berpunca dari kebosanan aku yang melampau..
maka oleh sebab dah tertarik dengan WATAK Severus Snape
maka habis movie yang ada Alan Rickman nie aku belasah download..
walhal banyak kali dah aku khatam..
dulu minat tp minat severus snape je...
tapi mungkin sebab sekarang tengah B O S A N..
maka dengan orang yg bawak watak pon aku minat..
ntah apa-apa je..
-.-''



nampak tua kan?
xlah.. 
66 tahun je umur die.. 
lol~
sumpah GILA!

Monday, 9 July 2012

S.S

ntah.
hari ni macam sedih semacam jerk..
macam ada benda tak kena
ada yang hilang
:'(

..........................................

tengok harry potter yg ntah kali bape dah khatam..
owh
aku minat severus snape
the bravest man in harry potter's movie bak kata heronya..
ya..
hero yang tidak didendang.
cold outside, warm inside.
cinta itu tak semestinya memiliki..
kan? 
:')

rambut dia cool kan?
hahaha.. :p

Friday, 6 July 2012

home

Aku yang kembali kepada yang asal... welcome back Ada... semoga kau berjaya dan tabah... I'm home..

Tuesday, 3 July 2012

Iqra'.. bacalah!

pesta buku Selangor 2012...
:)
versus_hlovate (buku pertama yg buat aku rasa tak senang,kali nie harap baca ada sesuatu yang buat aku rasa)
rooftop rant_hlovate (maybe ni buku hlovate yg belum aku pernah baca lg)
syahadah gadis ateis(tajuk buku nie sangat menarik minat)
batu-bata kehidupan_hilal asyraf( tadi jumpa buku2 die yg lain... nak beli tp kewangan x mngizinkan)
Di hamparan Shamrock(penulisnya ustaz hasrizal pmilik blog saifulislam.com.. tulisan nya mnarik dan x bosan mmbaca!)
sun tzu art of war(buku untuk seorang kawan sekolah)


ekh... x sabar tunggu buku dari penulis yg aku minat!
:D

haaaa!!
majalah jom! yg aku kenal di china..
4 edisi pertama... ngeee :)
errr.. edisi kedua ade tertinggal di china! 


lama-lama aku sedar...
kegilaan aku sukar dikikis...
:D
hidup..
hidup..
ada apa pada hidup?
kehidupan bukan hanya sekadar membaca..
tapi
apa dia??

Tawakal itu pada permulaan usaha..
Redha itu pada saat pertama menerima ujian.
kau sedar?
dimana tahap kau sekarang??

#result exam!!
heee~~

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN.
(surah Al-Alaq:1)
wahyu pertama!!


Wednesday, 27 June 2012

~untuk kamu-kamu~

kadang-kadang aku sukar mengerti, 
tentang hakikat diri,
tentang kejadian yang telah terjadi,
setiap hari yang aku jalani,
setiap detik yang aku lalui,
seolah-olah satu misteri.

ada masa aku rasa seperti seorang raja,
aku ada kuasa aku punya harta,
seringkali juga merasa diri seolah hamba,
hamba pada manusia hamba pada dunia,
sering jua terbayang diri seperti patung bernyawa,
ada atau tiada,
seakan-akan sama sahaja, 
tidak diketahui hidup atau mati,
ada juga waktu terasa sehebat menteri, 
pantang hilang dari pandangan pasti diri ini akan dicari.

tapi begitulah manusia,
tak semua yang kita minta kita bakal terima,
ada masa tersungkur ada ketika gagah berdiri,
hidup ini aneh dan penuh misteri,
 sukar difahami payah dijalani.


kawan dan lawan
beza hanya pada huruf didepan
jika silap percaturan kawan boleh jadi lawan
jika benar pada gaya, lawan juga bisa berubah menjadi kawan
dihulurkan atau ditinggalkan,
payah sukar susah
maka, aku memilih bersama diri sendiri


aku lebih gemar menghadap laptop daripada menatap wajah manusia,
aku lebih suka mendengar lagu di mp3 daripada mendengar celoteh mereka,
aku lebih suka menulis diari lebih daripada bercerita,
aku lebih memilih bersendirian daripada duduk di dalam satu kumpulan,
aku lebih suka menonton bola daripada memasak,
aku lebih suka melayan video youtube daripada melayan hanzi, yufa dan shengdiao yang memeningkan,
aku lebih gemar membaca blog daripada membaca kewen yang meletihkan,
aku lebih suka minum nescafe daripada minum air masak,
aku lebih suka menyakat daripada memuji,
aku lebih suka melayan internet di atas katil daripada bersenam di cuaca yang tak menentu.

hahahaha... 
aku mula mengarut..

walau apapun,
 aku hanya ingin mengucap terima kasih kepada kalian dan kalian,
yang berada bersama selama aku hidup di atas dunia,
sepanjang aku menghirup nafas dari dua negara berbeza,
dari negara beriklim khatulistiwa sampai menjejak kaki ke negara tembok besar,
kepada ibu bapa dan keluarga,
tunggu kepulangan aku...
kepada kawan walau dimana sahaja anda berada,
kepada lawan yang telah mengajar aku bahawa tak semua akan suka pada kita,
kepada yang aku berkongsi cerita,
kepada yang aku jalani kehidupan bersama-sama,
kepada tukang-tukang masak sekalian,
kepada yang pernah memberi nasihat dan yang aku ambil manfaat daripadanya,
kepada yang tak putus memberi semangat tika aku jatuh dan lemah, 
kepada insan dekat dan jauh,
kepada yang membaca juga,
kepada semua hingga aku tak tahu nak taip apa. 

aku hargai setiap waktu, perkataan dan sumbangan,
yang pernah dihulurkan,
dalam bentuk apapun,
maaf juga untuk setiap khilaf dan salah,
aku cuma manusia biasa,
izinkan aku pulang tanpa dendam dan sesalan.
semoga kita berjumpa lagi jika diizinkan.
:) 

aku syukuri setiap hari yang berlalu
untuk waktu yang berharga disini.
terima kasih.
kerana pernah hadir.

#tetiba sebak plak nak balik malaysia..
..sobs sobs..
谢谢你,同屋!
may Allah bless u always..
:) sorry kalau buat perangai..
hahahhaha!!

may Allah bless all of U..
sorry i'm not a good person...
halalkan makan minum
ada feel lain bila tengok gambor nie
:')
:)
may Allah bless..
untuk setiap ilmu dan keindahannya.

:)
tq tukang2 masak!
muhahahah!!



may Allah bless...
i'll never forget this moment..
:)
jika usia kita panjang, kita kan berjumpa lagi..
may Allah bless kamu-kamu dan aku.
jazakallahu khairan kathira.
:D

aku
-ada-adha-adahanz-sulan-
(farasuhada senusi)

#jiwang ke? whatever!!
hahahaha..
:D
wa dah abes foundation weiii..
hahaha...

Sunday, 24 June 2012

fuuuuhhh...!!

Ice swallow.. 58 yuan..fuhhhh!!

1001 night fanguanr.. fuuuhh!!
tq for the dinner!

fuuuhh!!

fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh!! 
^^
fantastic..
boom!!!

errrr..
*gulp*
T.T
please... switch on..
hahaha
:D
last weekend for this semester before come back to malaysia!!

*malam tadi aku mimpikan kau... aneh lagi mimpinya... kenapakah?? :'(